DuniaSemasa

Kisah Gabby Thomas, lulusan Harvard dan pemenang pingat olimpik

berjaya menyeimbangkan antara pelajaran dan sukan

TOKYO : Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Gabby Thomas, berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara 200 meter di Olimpik Tokyo 2020.

Pingat emas digondol oleh Elaine Thompson-Herah dari Jamaica dan pingat perak diraih oleh Christine Mboma dari Namibia.

Dia menamatkan perlumbaan dalam masa 21,87 saat.

Selain itu, Thomas merupakan lulusan Universiti Harvard pertama yang berjaya memperoleh pingat sejak hampir seabad yang lalu.

Menjadi pemenang pingat Olimpik hanyalah satu daripada kejayaan untuk Thomas. Selain seorang atlet, Thomas juga merupakan mahasiswa yang rajin.

Ketika ini, dia mengejar master dalam bidang epidemiologi dan pegurusan perawatan kesihatan di University of Texas.

Ketika peranan sebagai mahasiwa dan atlet membuat ramai orang keletihan, Thomas berjaya menyeimbangkan kedua-dua bidang yang dia ceburi.

“Berada di universiti benar-benar membuat saya menghargai apa yang saya lakukan di trek,” kata Thomas.

Thomas lahir di Atlanta dan mempunyai saudara kembar. Dia mula berlari atas desakan ibunya, Jennifer Randall.

Awalnya, Thomas tidak serius berlari sehinggalah menginjak tahun pertamanya di sekolah menengah Williston Northampton School di Massachusetts.

Di sekolah tersebut, Thomas mulai menunjukkan keseriusan dan prestasinya hingga melanjutkan peajaran di Universitas Harvard.

Di Harvard, dia dinobatkan sebagai Atlet Trek Paling Luar Biasa di Ivy League pada 2017 dan 2018 serta memenangi larian 200 meter NCAA 2018.

Di luar trek, Thomas adalah mahasiswa yang berdedikasi dan gigih. Dia mengambil jurusan neurobiologi di Universitas Harvard.

Thomas menunjukkan minat yang mendalam pada neurobiologi kerana saudara kembarnya menghidap Attention Deficiency and Hyperacctivity Disorder (ADHD) dan adik lelakinya mengidap autisme.

“Kedua saudara lelaki saya menarik saya ke neurobiologi,” kata Thomas kepada The Undefeated.

Setelah lulus dari Universiti Harvard pada 2019, Thomas ke Texas untuk bergabung dengan Buford-Bailey Track Club yang berpangkalan di Austin.

Kelab ini didirikan oleh pemenang  pingat gangsa Olimpik, 1996 Tonja Buford-Bailey. Di Texas juga, dia mengambil program master dalam epidemiologi di University of Texas.

Menurut web Olimpik, kelab tersebut adalah satu-satunya kelompok latihan bagi wanita kulit hitam, yang dipimpin oleh pelatih wanita kulit hitam, di AS.

Itu adalah lingkungan yang sempurna bagi Thomas untuk menjadi pelari pecut.

“Saya tahu, jika saya mahu berlatih untuk olimpik, saya harus berada dalam lingkungan yang kondusif untuk jenis latihan serius yang saya perlukan,” kata Thomas kepada NBC’s On Her Turf pada Februari.

Pada bulan Mei, Thomas mengetahui bahawa dia ada tumor dalam hati. Namun hal tersebut tidak membuatnya patah semangat.

“Saya berdoa kepada Tuhan, jika saya sihat, saya akan keluar dan memenangi segala cabaran,” kata Thomas di My New Favorite Olympian.

Tumor itu ternyata tidak bahaya dan Thomas melakukan apa yang dia janjikan, yakni membanggakan pasukan dengan penuh gaya.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button