Lapangan terbang Kandahar diserang!
KANDAHAR: Kira-kira tiga roket dilepaskan ke lapangan terbang Kandahar di selatan Afghanistan ketika Taliban terus menerus melakukan serangan di seluruh negara.
“Semalam, tiga roket dilancarkan ke arah lapangan terbang dan dua daripadanya terkena landasan.
“Oleh itu, semua penerbangan di lapangan terbang itu dibatalkan,” kata ketua lapangan terbang Massoud Pashtun kepada AFP.
Ulas Massoud, kerja-kerja membaiki landasan sedang dijalankan dan lapangan terbang dijangka beroperasi semula pada Ahad.
Seorang pegawai dari pihak berkuasa penerbangan awam di Kabul mengesahkan serangan roket itu.
Taliban melancarkan serangan di pinggir kandahar sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pemberontak semakin hampir menawan ibu negara wilayah tersebut.
– AFP
Oleh : Nurshazlin Shahrom