Semasa

Pekerja awam di New York wajib vaksin, jalani saringan mingguan

NEW YORK: Bandar New York akan mewajibkan semua pekerja awam mendapatkan suntikan vaksin atau jalani saringan mingguan bagi mengekang penularan varian Delta yang semakin membimbangkan.

Arahan itu akan mula berkuatkuasa pada13 September dan dikenakan kepada lebih daripada 300,000 kakitangan di bandar termasuk pegawai polis, anggota bomba dan guru.

Datuk Bandar, Bill de Blasio memaklumkan pendekatan itu berhubung kait dengan kepentingan negara dan demi menjaga keselamatan setiap orang.

Langkah itu dibuat selepas beliau mengumumkan bahawa 30,000 pekerja hospital awam di bandar itu perlu mendapat vaksin atau melakukan saringan ujian mingguan bermula 2 Ogos.

Sementara itu, di New York, 59 peratus penduduk dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 tetapi suntikan tidak berlaku dengan pantas.

Timbul kontroversi mengenai langkah yang harus diambil untuk meningkatkan kadar vaksinasi terhadap varian Delta kerana ia dianggarkan menyumbang lebih daripada 89 peratus jangkitan di AS.

Pegawai kesihatan mendesak supaya vaksinasi diwajibkan bagi golongan tertentu tetapi beberapa negeri yang dipimpin oleh Republikan mengesahkan undang-undang melarang tindakan paksaan, terutama di sekolah.

Pada 13 September ini, kira -kira sejuta pelajar akan kembali ke sekolah untuk tahun akademik baru.

– AFP

Related Articles

Back to top button