DuniaSemasa

Polis Rusia menjadi mafia mempunyai tandas emas di rumahnya

hidup mewah

Moskow : Seorang ketua polis Rusia yang memiliki rumah mewah dan dilengkapi dengan tandas emas  dipecat kerana rasuah.

Alexey Safonov, 45 tahun, seorang kolonel polis dari wilayah Stavropol Rusia, ditangkap bersama dengan 35 pegawai bawahannya yang dituduh menubuhkan kumpulan ‘mafia’.

Penyiasat mengatakan ‘geng’ polis itu memeras pemandu dan menerima suapan, untuk mendanai gaya hidup mewah termasuk rumah Safonov.

Pegawai anti-korupsi yang menyiasat Safonov telah mengeluarkan gambar rumah itu, lengkap dengan mangkuk tandas, bidet, dan singki berlapis emas murni, menurut laporan Daily Mail.

Nuansa emas lainnya berlanjut di setiap sisi rumahnya, meski tidak diketahui keaslian barang tersebut.

Ada cermin besar bergaya barok (senibina abad ke-17) tergantung di latar belakang di samping almari kecil yang dicat emas, sementara lantai dan dindingnya berlapis marmar.

Bilik mandi kedua di rumah itu ada bathtub, singki, dan bilik shower bercat emas, sementara di langit-langit tergantung lampu gantung mewah.

Rumah ini bahkan punya fasiliti mewah seperti sauna dan ruang biliard.

Penyiasat mengatakan Safonov dan rakan-rakannya membayar kemewahan tersebut dengan memeras pemandu tempatan, dan menjual surat izin untuk pemandu truk agar lolos daripada pemeriksaan keselamatan.

Mereka juga mendapat untung daripada penjualan plat nombor mewah.

Mereka akan menghadapi pertuduhan yang memperuntukkan hukuman 15 tahun penjara. — KOMPAS

Related Articles

Back to top button