Semasa

Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri, gantung parlimen

TUNIS : Presiden Tunisia, Kais Saied, semalam mengumumkan penggantungan Parlimen negara ini dan pemecatan Perdana Menteri, Hichem Mechichi, berikutan insiden tunjuk perasaan terhadap parti pemerintah.

Terdahulu, ribuan rakyat Tunisia turun ke jalanan untuk menyertai tunjuk perasaan di beberapa bandar dengan mendakwa parti pemerintah telah gagal, termasuk dalam menangani pandemik COVID-19.

Presiden Kais Saied mengumumkan beliau akan mengambil alih jawatan itu dengan pertolongan perdana menteri baharu serta berjanji akan membawa keamanan kepada negara itu.

“Kami telah mengambil keputusan ini sehingga perdamaian sosial kembali ke Tunisia dan sehingga kami menyelamatkan negara ini.

“Perlembagaan tidak membenarkan pembubaran Parlimen tetapi membenarkan ia digantung,” katanya.

Di Tunis, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan bangunan Parlimen sambil melaungkan slogan bantahan terhadap parti pemerintah, Ennahdha, serta Mechichi.

Tunjuk perasaan turut dilaporkan di bandar Gafsa, Kairouan, Monastir, Sousse dan Tozeur Ribuan orang telah berdemonstrasi menentang parti pemerintah di Tunis dengan laungan  “Keluar!”, Dan meminta parlimen dibubarkan.

Pasukan keselamatan menyekat parlimen dan jalan-jalan di sekitar Avenue Bourguiba tengah, pusat tunjuk perasaan antikerajaan semasa revolusi Tunisia 2011.

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan menangkap beberapa orang, dengan pertempuran berlaku di beberapa bandar lain.

Penunjuk perasaan menyerbu pejabat parti Ennahdha dan menghancurkan komputer serta membakar ibu pejabatnya di Touzeur.

Tunisia yang memiliki kira-kira 12 juta penduduk, sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang telah meragut lebih 18,000 nyawa, setakat ini.

Sementara itu, parti Ennahdha membidas keputusan yang diumumkan Saied.

“Tindakan Kais Saied adalah satu rampasan kuasa ‘d’etat’ terhadap revolusi serta Perlembagaan. Ahli Ennahdha dan rakyat Tunisia akan mempertahankan revolusi,” menurut parti itu dalam kenyataan melalui Facebook.

– BBC

Related Articles

Back to top button