PUTRAJAYA : Perkara yang dikhuatiri Malaysia kini menjadi realiti apabila jumlah kumulatif kes Covid-19 melepasi tanda aras sejuta kes dengan mencatatkan 17.045 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini ialah 1,013,438 kes.
Angka direkodkan hari ini juga adalah yang tertinggi bagi kes harian sejak Februari tahun lalu.
Katanya, Selangor mencatat bilangan kes tertinggi dengan 8,500 kes dilaporkan disusuli Kuala Lumpur dengan 2,045 kes dan Kedah (1,216)
Seterusnya, Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407) dan Melaka (370).
“Selain itu Terengganu dengan 273 kes baharu, Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10),” katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.
Oleh ; A.Azfar