DuniaSemasa

Dua buah kapal perang Britain dikekalkan di perairan Asia

Mendebarkan

TOKYO : Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace bersama dengan Menteri Pertahanan Jepun mengumumkan akan menempatkan dua buah kapal perang Britain secara kekal di perairan Asia.

Rancangan itu diumumkan sempena pelayaran sulung kapal pengangkut HMS Queen Elizebeth milik Britain bersama sejumlah kapal pengiringnya ke Jepun pada September ini iaitu, dua kapal pemusnah, dua fregat, dua kapal bantuan serat dua kapal masing-masing dari AS dan Belanda.

Memetik CNN, pelayaran armada HMS Queen Elizebeth adalah bertujuan bagi memperat hubungan keamanan antara London dan Tokyo. Apabila tiba di Jepun, HMS Queen akan berpisah dengan kapal pengiringnya yang akan berabuh di pangkalan angkatan laut AS dan di sepanjang kepulauan Jepun.

Armada kapal ini akan transit di Inda, Singapura, dan Korea Selatan. Selain itu mereka juga akan melalui kawasan panas, iaitu Laut China Selatan.

HMS Queen Elizabeth diperkuatkan oleh jet halimunan F-35B dalam pelayaran perdananya dan akan berlabuh di Yokosuka, markas komando armada Jepun. Di situ juga berlabuh kapal pengangkut USS Ronald Reagen milik AS.

Jepun merupakan pangkalan luar tentera AS yang paling besar. Ia menempatkan kapal perang, pesawat tempur dan ribuan tentera marin,

Selain mengerahkan dua kapal perangnya secara kekal di perairan Asia, Wallace juga mengumumkan bahawa Britain akan membawa unit Littoral Response Group. Ia adalah unit marin Britain untuk pelbagai misi termasuk operasi anti-terorisme.

Perkembangan terbaru ini menandakan adanya konflik yang nyata di perairan Asia, terutamanya di Laut China Selatan.

Related Articles

Back to top button