Tokyo : Selepas sehari seorang atlet disahkan positif covid-19, hari ini dua orang lagi disahkan menerima nasib yang serupa. Ini menjadikan tiga atlet yang disahan terjangkit dengan virus covid.
Tanpa dinyatakan atlet untuk sukan apa dan dari negara mana, jurucakap Olimpik Tokyo mengesahkan kesemua atlet itu berasal dari negara yang sama.
Kini kesemua atlet itu dikuarantin di bilik masing-masing dengan pengawasan ketat oleh pihak penganjur.
Kejadian ini menambahkan lagi kekhuatiran tentang penularan virus covid-19 semasa suka olimpik nanti.
Antara cara pihak penganjur mengurangkan risiko adalah dengan menjalankan acara tanpa kehadiran penonton.
Walaupun ada banyak desakan supaya olimpik kali ini dibatalkan atas sebab covid, tetapi pihak penganjur berkeras meneruskan penganjurannya kerana faktor ekonomi.
Sementara itu antara atlet Malaysia yang sudah berlepas ke Tokyo adalah atlet terjun negara Pandelela Rinong. Beliau menjadi sandaran negara bagi memperoleh pingat di acara berprestij itu.