DuniaSemasa

Banjir di Eropah, 120 terkorban dan 1300 mangsa lagi belum ditemui

Banjir terburuk sejak beberapa dekad

Berlin : Banjir terburuk yang berlaku sejak beberapa dasawarsa di Eropah Barat telah mengorbankan 120 orang.

Hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan menjadi banjir besar yang menghancurkan wilayah tersebut.

Jerman mencatat angka kematian tertinggi iaitu seramai lebih daripada 100 orang mangsa. Manakala Belgium, Luxemburg, Belanda, dan Switzerland juga turut mencatat angka kematian lebih 20 orang.

Antara faktor yang menjadi penyebab utama banjir adalah kesan pemanasan global sehingga berlaku perubahan iklim dan menyebabkan hujan lebat yang esktrem.

Dalam pada itu lebih 1300 orang mangsa banjir belum dapat lagi ditemukan dan dijangka ia akan meningkatkan lagi jumlah korban akibat banjir ini.

Seramai 15,000 orang polis dan askar telah dikerahkan oleh pihak berkuasa Jerman bagi mencari mangsa yang belum ditemui.

Kenaikan air di sepanjang Sungai Ahr dan Sungai Meuse, dan  yang merentasi beberapa buah negara di Eropah Barat itu terlalu cepat sehingga penduduk tidak mampu berbuat apa-apa.

-Kompas

 

Related Articles

Back to top button