Covid19Semasa

Op Bantu usaha KDN dan JKM bantu golongan terjejas

Semua IPD dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, melancarkan Op bantu bagi menyalurkan sumbangan kepada individu yang terputus bekalan makanan berikutan penularan wabak Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan bagi program itu.

Katanya, Op Bantu akan diketuai akan diketuai 157 Ketua Polis Daerah di seluruh negara serta dibantu skuad Aman Wanita PDRM dan anggota RELA melibatkan hampir 50,000 bakul makanan.

“Anggota RELA ditugaskan untuk membuat rondaan bagi mendapatkan maklumat bertujuan memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada yang memerlukan.”

“Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD berdekatan untuk mendapatkan bekalan makanan.” katanya semalam.

Tambah beliau, mana-mana individu yang tidak dapat hadir ke IPD, diminta untuk menghubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi IPD atau talian khas Whatsapp Op Bantu yang akan diumumkan.

Mengulas lanjut, Jabatan Kebajikan Masyarkat akan menyelaraskan semua maklumat penerima bantuan bagi megelakkan sebarang pertindihan maklumat di masa akan datang.

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button