DuniaEkonomiKemanusiaanPalestinSemasa

Gaji kakitangan warga Palestin dipotong tanpa sebab

GAZA : Rakyat Palestin di Gaza melakukan protes di hadapan ibu pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Pihak Berkusa Palestin (PA) selepas memotong gaji mereka lima tahun lalu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu menjelaskan, tindakan oleh PA terhadap penjawat awam telah menjejaskan kehidupan mereka.

Katanya, gaji dipotong tanpa sebab dan tindakan itu kebiasannya berpunca daripada luahan pandangan secara bebas selain campur tangan politik dalam undang-undang.

Aktiviti tunjuk perasaan itu merupakan antara usaha bagi mengembalikan hak yang dirampas daripada kalangan pekerja.

Pada 2017, PA telah memotong gaji pekerjanya di Semenanjung Gaza antara 30 hingga 70 peratus. Tindakan itu dilihat sebagai satu diskriminasi apabila kakitangan di Tebing Barat terus menerima gaji penuh.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

 

Related Articles

Back to top button