Covid19DuniaSemasa

Ribuan penduduk Dhaka terkandas selepas perintah berkurung dilaksanakan

Lebih dua pertiga kes adalah varian Delta

DHAKA : Ribuan penduduk terkandas di Dhaka selepas pihak berkuasa Bangladesh melaksanakan perintah berkurung selama tujuh hari bermula hari ini bagi mengawal penularan Covid-19.

Sebanyak 119 kematian dilaporkan yang tertinggi sejak pandemik itu melanda negara berkenaan, manakala jangkitan baru dicatatkan sekitar 5,000 kes sehari.

Menurut satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Antarabangsa Penyakit Diarrheal yang berpusat di Dhaka, lebih dua per tiga daripada kes virus baharu di ibu kota Bangladesh adalah varian Delta.

Varian Delta merebak ‘sangat cepat’ di daerah-daerah yang bersempadan dengan India dan mencetuskan rasa takut dan panik dalam kalangan penduduk di situ.

Menurut laporan Al-Jazeera, dengan pelaksanaan sekatan pergerakan itu, negara yang diduduki 168 juta penduduk di benua Asia Selatan itu tidak membenarkan penduduk keluar mulai Khamis ini, dan  perkhidmatan penting dan beberapa kilang eksport sahaja dibenarkan beroperasi.

Berikutan pengumuman penutupan itu, puluhan ribu pekerja migran mula dilihat menaiki kapal, feri bagi menyeberangi sungai utama untuk meninggalkan Dhaka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ribuan pekerja di Dhaka terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja mereka, malah ada yang mengambil skuter dan menyewa ambulans kerana ketiadaan pengangkutan awam.

Dilaporkan 880,000 kes positif dengan 14,000 kematian dilaporkan di negara itu dan menurut pakar, angka kematian sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi kerana terdapat kes jangkitan yang tidak dilaporkan.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button