BAGHDAD: Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menjadi sasaran serangan dron hari ini, lapor Anadolu memetik kenyataan bahagian Keselamatan Media Pejabat Perdana Menteri Iraq.
Menurut kenyataan itu, tiga dron menyasarkan Camp Victory, bekas penempatan tentera di sekitar lapangan terbang yang menempatkan askar Amerika Syarikat (AS).
“Mereka yang cuba menggugat kestabilan di Iraq akan dihukum,” kata kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai korban atau kerosakan.
Sementara itu, Pangkalan Udara Balad di wilayah Salahuddin di tengah Iraq turut diserang tiga roket pada awal pagi, namun tiada kematian dilaporkan. – BERNAMA