Covid19PolitikSemasa

Agong perkenan sesi perbincangan kali kedua

Usaha perangi penularan wabak Covid-19

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada 16 Jun depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu tersebut akan dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda,” – Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin/ Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Istana Negara

Datuk Indera Ahmad Fadli, dalam satu kenyataan, pada petang Rabu (9 Jun) berkata, sesi perbincangan itu berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Tambah Datuk Indera Ahmad Fadli , perbincangan khas tersebut adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari, 2019.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 25 Oktober 2020 di lstana Negara.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini. – MStar.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi. 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button