Covid19PendidikanSemasa

UNISEL pelopor `swab test’ wajib pelajar dalam kampus

Pastikan kampus dalam zon selamat

KUALA SELANGOR :  Seramai 180 penuntut Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya menjalani saringan menerusi Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) pada Ahad bagi membendung penularan kes positif Covid-19.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, program itu dijalankan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) dengan kerjasama SelCare dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC).

Menurut beliau, semua penuntut menjalani saringan yang diadakan di Dewan Naib Canselor, Kampus Bestari Jaya.

Pic: Facebook UNISEL
Pic: Facebook UNISEL

“Langkah ini diambil bagi memastikan Unisel berada di bawah zon selamat selain menambahkan keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap institusi pendidikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Hasril berkata, Unisel merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil inisiatif tersebut.

“Saringan RTK Covid-19 dilakukan secara keseluruhan terhadap penuntut yang masih menetap di Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya,” katanya.

Hadir semasa program saringan tersebut adalah Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) UNISEL.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button