Covid19Kesihatan

Amalan ziarah-menziarahi sempena hari raya, menguatkan ikatan covid di Sabah, Kluster Blok 31

Akibat melanggar SOP, siapa yang susah?

Kota Kinabalu : Ziarah-menziarahi sempena sambutan hari raya lepas, bukan sahaja menguatkan ikatan kekeluargaan, tetapi juga menguatkan penularan virus covid-19. Satu kluster baru terbentuk di Tawau yang dinamakan Kluster Blok 31.

Sehingga saat ini, sudah 31 orang disahkan positif daripada kluster baru tersebut. Perkara ini disahkan oleh Dato Masidi Manjun yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Aktiviti pengesanan kontak dan punca awal jangkitan sedang giat dijalankan. Sementara itu, kluster baharu juga berjaya dikesan di Telupid yang membabitkan kluster tempat kerja. Kluster baharu itu dinamakan Kluster Gamboran. Sehingga setakat ini kluster itu mencatatkan 12 orang positif covid.

Menurut Masidi Manjun, kes indek Kluster Gamboran dipercayai mendapat jangkitan covid-19 semasa menghadiri sebuah perjumpaan sosial di sebuah kafe di Telupid, di samping jangkitan daripada rakan sekerja yang pulang berhari raya di kawasan berisiko tinggi.

Sehingga saat ini, hanya dua daerah di Sabah yang masih dikategorikan sebagai zon hijau.

Sumber : Bernama

 

Related Articles

Back to top button