TELUK SUEA : Sehingga ke akhir hayatnya beliau menjadi pemimpin sebenar. Sebagi nakhoda kapal, Kapten Yousry Sultan maut dalam kemalangan kapal tangki minyak karam di Laut Merah semalam ( 2 Jun)
Kapten berkenaan dilapor enggan meninggalkan kapal sehinggalah semua kru beliau berbuat demikian, malangnya beliau lemas dan tidak dapat diselamatkan.
Kemalangan di pesisiran Ras Ghareb, Teluk Suea Mesir itu menyaksikan jurutera kapal masih hilang, manakala 11 lagi anak kapal diselamtkan
Ketua Penyelamat Marin dan Persatuan Perlindungan Alam Sekitar di Bandar Hurghada di pesisir Mesir, Hassan Altayeb berkata bahawa kapal itu berlayar dari Ras Ghareb menuju kota Abu Zenima di Sinai Selatan.
“Kapal itu berlanggar dengan kapal usang yang tenggelam, dan menjadi punca kebocoran air dalaman hingga mengakibatkannya karam, ” – Hassan Altayeb / Ketua Penyelamat Marin dan Persatuan Perlindungan Alam Sekitar
Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.