Covid19Semasa

Datuk K, Siti Nurhaliza kena kompaun RM10,000

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

BANGI : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing telah dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis tahnik anak kedua mereka, awal Mei lalu.

Over 13,000 Selangor cops mobilised for Aidilfitri celebrations, says state police chief | Malaysia | Malay Mail

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Tiga anak Khalid iaitu Muhammad Adif Khalid, Muhammad Aazief Dan Muhammad Asyraf masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya

Beliau berkata, ini susulan kegagalan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal sewaktu bergambar dan sebagainya.

Pada 3 Mei, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor pada 26 April lalu selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut. – BH

Oleh: Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button