Covid19Semasa

COVID-19: 6,976 kes baharu, 49 kematian

Kes tertinggi sejak PKP

PUTRAJAYA: Malaysia semalam gempar apabila mencatat kes harian COVID-19 yang tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 6,976 kes baharu COVID-19.

Sekaligus mencatat rekod harian tertinggi yang sebelumnya iaitu pada 6,806 kes pada 20 Mei.

Kes jangkitan positif COVID-19 dicatatkan kembali menaik iaitu sejumlah 6,976 kes terbaharu dengan kes keseluruhan 470,110.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 3,587 kes sembuh baharu  menjadikan jumlah mereka yang bebas COVID-19 ialah  452,821 orang.

Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu tertinggi dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549).

Terdapat sebanyak 57,022 kes aktif, dengan 681 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 361 memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut  jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 512,091 kes iaitu yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina.

“Sebanyak 49 individu disahkan meninggal dunia (akibat COVID-19) dengan 48 daripada mereka adalah rakyat tempatan. Ia menjadikan sejumlah 2,248 individu atau 0.44 peratus meninggal dunia setakat ini di Malaysia,” – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah 
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 49 kes kematian, 14 kes dilaporkan di Selangor, diikuti Johor (lapan) selain masing-masing enam kes di Pulau Pinang dan Melaka.
Selain itu, Kedah merekodkan empat kes, Sarawak (tiga), masing-masing dua kes di Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Perlis.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat 57,020 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.
+
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button