BEIRUT: Kumpulan pergerakan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran mengalu-alukan ‘kemenangan bersejarah’ buat rakyat Palestin selepas gencatan senjata yang berkuatkuasa hari ini, antara Israel dan pejuang Gaza selepas berperang selama 11 hari.
“Hizbullah mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin yang gagah berani dan penentang yang berani atas kemenangan bersejarah yang dicapai terhadap musuh Zionis,” – Hizbullah
Kumpulan pergerakan Syiah dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Palestin.
Pada tahun 2006, Hizbullah yang pernah berperang dengan Israel kekal sebagai gerakan berkuasa dalam kancah politik Lubnan termasuk mempunyai hubungan erat dengan pejuang Hamas di Gaza.
Gencatan senjata yang Mesir menjadi ‘orang tengah’ usaha itu, berkuat kuasa jam 2 pagi tadi, menyaksikan pengakhiran peperangan paling serius dalam tempoh beberapa tahun.
Serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Gaza didakwa meragut 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang tentera Israel, menurut polis. – AFP