Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

MAPIM dilantik jadi Ketua Wakil ke Gaza pasca perang

Gabungan bersama NGO antarabangsa

KAJANG: Gencatan senjata yang dicapai hari ini di bumi Palestin pastinya membuka ruang kepada pemulihan dan dan pembangunan semula Gaza.

Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, dilantik mengetuai Ketua Wakil ke Gaza oleh gabungan NGO antarabangsa, Mile- of- Smile untuk memasuki Mesir bagi fasa pasca peperangan terutama bagi koordinasi bantuan perubatan kecemasan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery ketika mengesahkan perkara itu berkata pemergian delegasi ke Gaza sepatutnya bertolak hari ini, bagaimanapun oleh kerana penularan pandemik COVID-19, delegasi perlu mengikuti prosedur imigresen.

“Sepatutnya hari ini kita akan terbang ke Mesir untuk salurkan bantuan tapi disebabkan Covid-19 mereka perlu ikut prosedur tertentu ke Kaherah untuk koordinasi bantuan perubatan yang pertama, kedua MAPIM akan hantar 10 figura untuk bawa bantuan ke sana dengan kolaborasi My Aqsa Defenders 3 hari semalam sudah hantar kontena” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Tambah beliau, sebagai anggota gabungan My Aqsa Defender, MAPIM juga akan mendapatkan maklumat terperinci bagi menilai jenis dan bentuk bantuan secara cepat dan tepat kepada bumi Gaza yang musnah.

Tambah beliau bagi Tabung Kilat Gaza MAPIM sahaja, pertubuhan itu mensasarkan 12 juta ringgit dan kini telah berjaya mengumpul (RM 4,065, 497. 15) ringgit sejak 10 Mei lalu.

Walaupun jumlah itu hanya mampu menampung projek-projek pemulihan yang berskala kecil, namun dengan kerjasama rakan gabungan 20 NGO di My Aqsa Defenders yang berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM17 juta, beliau yakin jumlah itu mampu melakukan projek bagi jangka masa panjang untuk Palestin.

(Dr.) Sani berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan RM35,000 ke Tabung Kilat Gaza MAPIM oleh Penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqarrabin Mukhtaruddin.

Sumbangan itu adalah daripada kutipan daripada UMNO Lembah Pantai dan juga sumbangan peribadi Datuk Muqarrabin sendiri, selaku EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan dan selebriti yang juga Pengerusi Yayasan Hadid, Datuk Adi Putra.

Beliau menyatakan hasrat untuk memperhebatkan kempen untuk mengajak masyarakat bukan Islam dengan lebih ramai lagi bersama-sama menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin.

Usaha murni MAPIM ini turut mendapat perhatian dari pelakon terkenal, Adi Putra yang akan menyumbangkan sebahagian kutipan filem akan datang ‘Syaaban’ ke Tabung Kilat Palestin MAPIM.

Serangan rejim zionis tamat hari ini dengan gencatan senjata yang dipersetujui Israel. Pelbagai kemusnahan terlihat di Gaza di samping korban nyawa seramai 232 rakyat Palestin maut dengan 65 daripadanya adalah kanak-kanak, manakala 1,900 lagi cedera.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button