PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan pada Ahad (17 Mei) memberitahu, mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin dan akan terus memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di negara ini.
“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik. Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” – Menteri Dalam Negeri / Datuk Seri Hamzah Zainudin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek susulan ancaman Israel terhadap pemimpin pejuang Palestin di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi sembang mengenai dua badan perisikan Israel dilaporkan mendapat ‘lampu hijau’ untuk menghapuskan pemimpin pejuang Hamas yang berada di dalam dan luar Gaza, termasuk di Malaysia.
Perkara itu dilaporkan oleh blog WarNews247 yang memetik laporan disiarkan oleh sebuah stesen penyiaran televisyen Israel yang melaporkan bahawa pemimpin Israel didakwa sudah mengarahkan badan perisikan negara itu, iaitu Shin Bet dan Mossad untuk melaksanakan tugas perisikan.
Badan perisikan Israel dikatakan akan menyasarkan negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia yang dikatakan memberi sokongan, membiayai kewangan dan melatih pejuang Hamas. Sebenarnya, operasi ketenteraan Israel itu sudah dimulakan sejak 24 jam yang lepas (kelmarin) apabila dua bangunan milik dua organisasi dari Turki dibom di Gaza,” – Blog WarNews247.
Tambahnya lagi, ia diikuti serangan tentera Israel ke atas bangunan 12 tingkat yang menempatkan ibu pejabat Al-Jazeera di Gaza, iaitu sebuah rangkaian televisyen yang berpangkalan di Qatar. – Sinar Harian
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
https://t.me/MapimMalaysia