Covid19KemanusiaanSemasa
Trending

Auntie India Sebak Terima Ziarah & Bantuan MAPIM Malaysia

150 asnaf terima sumbangan pek makanan Jelajah Peduli Ummah

“Terima kasih datang dan bantu saya”,  – sambil mengucapkan rasa syukur Siti Devi Selladurai mengelap air mata di pipi selepas menerima agihan pek makanan Jelajah Peduli Ummah, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM.

Selladurai, 50 tahun seorang penggangur mengalami serangan angin ahmar adalah di antara 150 penerima  agihan foodpack yang golongan asnaf, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal di PPR pinggiran Bukit Jalil, semalam.

Sumbangan ini adalah kesinambungan program Jelajah Peduli Ummah, yang mensasarkan golongan B40 yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ekoran wabak Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan apatah lagi mereka yang tiada pendapatan tetap sebelumnya.

Tanpa mengira agama, dan bangsa, MAPIM Malaysia menyantuni mereka hasil sumbangan seratus peratus daripada rakyat Malaysia.

 

 

Menurut Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zuhanis Zainol, walaupun umum tahu MAPIM menjalankan misi kemanusiaan di luar negara, mereka yang memerlukan di tanah air sendiri tidak pernah dipinggirkan.

“Walaupun kami ini Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, selaku konsultan kepada NGO-NGO kami tidak meletakkan sumbangan kepada orang Islam sahaja, tapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang majmuk tidak kira, agama dan bangsa”,  kata beliau pada penyerahan sumbangan kepada asnaf terbabit.

Katanya, Jelajah Peduli Ummah akan diteruskan dari semasa ke semasa kepada 10,000  golongan asnaf  di seluruh negara.

Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat menceriakan beban yang ditanggung mereka.

Bagi  Mat Ali bin Mohd sharip, 64 tahun yang mempunyai anak OKU memanjatkan rasa syukur dengan sumbangan itu.

Pasangan Chan Kai Chee, 82 tahun dan isteri  Cheah Choy Kin, 61 turut disantuni.  Warga emas penghidap diabetes dan sakit belakang ini berterima kasih atas sumbangan rakyat Malaysia menerusi MAPIM.

Turut menerima sumbangan ialah pasangan Kamardian, 63 seorang pemandu, juga iserinya Roszila, 57, yang bertugas sebagai pembantu kantin sekolah. Memiliki dua orang anak menghidap depressi, pasangan ini juga memelihara anak yatim piatu adik-beradik, waris anak saudaranya, Aminah, 7 tahun, Sofia 11, seorang OKU, dan Rashid 9 tahun.

MAPIM membuka peluang kepada mereka yang prihatin untuk menyalurkan sumbangan menerusi laman web  www.BantuUmmah.com atau Maybank Akaun : 5622 6354 0066.

 

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button