Sputnik V, dinamakan Russia sebagai vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat Covid-19.
Mengapa “Sputnik V”? Ini kerana kejayaan Kesatuan Soviet waktu itu, melancarkan satelit buatan manusia yang pertama pada tahun 1957, memacu kepada penyelidikan ruang angkasa di seluruh dunia.
Laman web vaksin berkenaan mengucapkan terima kasih terhadap perbandingan ini, yang berlaku ketika era perang dingin dan perlumbaan penerokaan ruang angkasa, Russia-Amerika Syarikat.
Ketika keberkesanan ujian tahap tiga vaksin itu masih dipertikai Ketua Dana Pelaburan Russia, Kirill Dmitriyev, yang membiayai projek ‘Sputnik V’, Russia katanya bersama rakan kongsi asing bersedia untuk menghasilkan 500 juta dos setahun di lima negara.
Vaksin itu dibangunkan Gamaleya (Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya) dan kini sudah menerima tempahan lebih satu bilion dos dari 20 negara.
Sebelum itu, Presiden Vladimir Putin mengumumkan menjadi negara pertama mendaftar bagi vaksin Covid19.
Putin meluluskan pendaftaran vaksin itu dalam satu pengumuman secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.
Putin berkata, pendaftaran Covid19 dilakukan selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa tiga akan dimulakan tidak lama lagi.
Vaksin berkenaan katanya telah melalui pemeriksaan yang bersesuaian, malah Putin mendedahkan bahawa anak perempuannya yang juga sukarelawan ujian berkenaan.
Anaknya demam seteah menerima suntikan vaksin terbabit, namun keadaannya semakin bertambah baik.
Menurut Agensi Berita Russia, ITAR TASS, ketika ini terdapat lebih 160 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat pakar perubatan, bimbang tekanan yang bakal dikeluarkan Rumah Putih untuk mempercepatkan pengumuman vaksin dari negara Uncle Sam itu.
Mereka bimbang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendesak vaksin berkenaan didaftarkan secepat mungkin khususnya pada Oktober nanti, dan didakwa lebih bermotifkan politik demi mendapatkan sokongan undi bagi pilihan raya Presiden negara itu.
Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan, NIH, Dr. Francis Collins bertegas tekanan Presiden Trump ke atas Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S tidak akan dibiarkan.
Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Russia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.
Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko, memberitahu media awal bulan ini bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.
– AGENSI
*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM MALAYSIA bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di https://t.me/MapimMalaysia
MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.