Semasa

Ozil ukir senyuman pada Ramadan sumbang dana buka puasa

Bantuan juadah buka puasa kepada Bulan Sabit Merah Turki

TURKI 15 April : Pemain bola sepak terkenal, Mesut Ozil telah menyumbangkan € 101,000 (RM575,000) kepada Bulan Sabit Merah Turki untuk kempen bantuan yang dijalankan pada bulan suci Ramadan.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mengatakan bahawa sumbangan Ozil akan digunakan untuk menyediakan bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan di Turki, Indonesia, dan untuk masyarakat Islam Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mengatakan bahawa juadah berbuka puasa juga akan disajikan kepada anak-anak yatim di wilayah Idlib Syria dan ibu kota Somalia, Mogadishu, sepanjang bulan mulia ini.

Bantuan akan diagihkan sebanyak 2,800 bungkusan bantuan makanan kepada  rakyat di Turki, 1.000 bungkusan makanan di Indonesia, dan 750 bungkusan untuk Muslim Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.

Presiden Bulan Sabit Merah Turki, Dr. Kerem Kinik memberitahu dengan sumbangan tersebut ia mampu mengukir senyuman pada ribuan wajah kanak-kanak menyambut bulan Ramadan.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button