Kristian boleh guna kalimah Allah, merayu ke peringkat Mahkamah Rayuan
Solat, Kaabah dan Baitullah juga boleh digunakan bukan Islam di Sabah, Sarawak
“Mesyuarat menggesa Kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ini ke Mahkamah Rayuan.”
Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.
Ketika membaca penghakimannya, Datuk Nor Bee berkata, mahkamah membenarkan deklarasi dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung dalam Perkara 3,8,11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
Selain, Allah tiga perkataan yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam penghakimannya, Datuk Nor Bee berkata, arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
“Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.
Memetik sinar, pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’ telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.
Susulan itu, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.