DuniaSemasaSyariah

Jom semak arah kiblat !

Fenomena Istiwa' Adzam masa untuk umat Islam semak arah kiblat

KAJANG : Umat Islam di Malaysia berpeluang melakukan semakan arah kiblat pada hari ini tanggal 28 Mei 2021 bersamaan 16 Syawal 1442H  susulan fenomena Istiwa’ Adzam kira-kira 5:16 petang.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  Istiwa’ Adzam ini merupakan keadaan di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah (12:16 petang waktu Mekah).

Keindahan ciptaan Allah SWT ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei 2021 (5:16 petang) dan 16 Julai 2021 (5:28 petang).

Dalam kesempatan ini umat Islam berpeluang menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Apabila Istiwa utama matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.

Inilah masa yang sesuai untuk menandakan dan membuat semakan arah kiblat.

Ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.

Panduan Semakan Arah Kiblat

Pertama pastikan tempat yang dipilih untuk semakan tidak terlindung daripada sinar matahari.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN:

  1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdiri tegak)
  2. Masking Tape
  3. Pen Marker

CARA-CARA :

Waktu: 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan.

Digalakkan untuk bersedia awal sekitar jam 5:10 dan perhatikan tempat yang ada bayang-bayang.

LANGKAH 1

Pastikan waktu yang tepat (Dail 1051 untuk semakan jam) atau rujuk Waktu Standard Malaysia SIRIM di pautan berikut mst.sirim.my

LANGKAH 2

Gunakan objek yang tegak dan lurus, halakan objek ke arah cahaya matahari. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.

Selain di kawasan lapang, anda juga boleh membuat semakan kiblat dari dalam rumah yang mendapat sinaran cahaya matahari, contohnya tingkap bilik atau car porch.

Anda boleh merujuk mana-mana objek tegak contohnya tiang rumah, grill tingkap dan sebagainya.

LANGKAH 3

Tandakan garis bayang yang terhasil daripada objek rujukan tersebut. Inilah kiblat yang tepat untuk rumah anda.

LANGKAH 4

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).

Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid / surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button