DuniaSemasa

Serangan di Syria, amaran kepada Tehran – Biden

Washington harap mesej diterima Iran dengan jelas

WASHINGTON 27 Feb : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata serangan udara AS terhadap militan yang disokong Iran di timur Syria, pertama sejak beliau memegang jawatan, harus dilihat oleh Iran sebagai peringatan.

Biden berkata, mereka tidak boleh bertindak tanpa hukuman.

“Hati-hati,” katanya ketika berucap di Houston semasa lawatan bantuan selepas ribut musim sejuk di Texas.

Syria dan Iran mengutuk serangan itu dengan Damsyik menyebutnya sebagai ‘petanda buruk’ dari pentadbiran Biden yang baharu dan Tehran dengan menyatakan serangan itu akan terus menggoyahkan wilayah terbabit.

Jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata dua pesawat juang F-15E ‘Strike Eagles’ menembak tujuh peluru berpandu di fasiliti di timur Syria, yang digunakan oleh militan yang dipercayai berada di belakang serangan roket terhadap tentera AS di Iraq.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, berkata Biden mengirimkan ‘mesej yang tidak jelas’.

“Beliau akan bertindak untuk melindungi orang Amerika dan ketika ancaman diajukan, beliau berhak untuk mengambil tindakan pada waktu dan dengan cara yang beliau pilih,” katanya.

Setiausaha Negara, Antony Blinken, berkata pentadbiran ingin menjadikannya sangat jelas terutama kepada Iran bahawa mereka tidak boleh bertindak tanpa hukuman terhadap rakyat, rakan kerjasama dan kepentingan Amerika.

“Dan saya fikir serta mengharapkan bahawa mesej itu diterima dengan jelas,” katanya.

Syria mengecam serangan itu sebagai ‘pencerobohan Amerika yang pengecut’.

Kementerian Luar Syria dalam kenyataan berkata, ini petanda buruk mengenai dasar-dasar pentadbiran AS yang baru, yang harus mematuhi norma antarabangsa.

Kementerian Luar Iran mengecam apa yang disebutnya sebagai ‘serangan haram’ yang menjadi ‘pelanggaran jelas hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa’.

Serangan udara itu menyebabkan ‘ketegangan konflik ketenteraan dan seterusnya menggoncang wilayah’. – AFP

Pada Jumaat, beberapa infrastruktur milik militan musnah apabila tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara di timur Syria, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan John Kirby.

Tindakan ketenteraan itu adalah yang pertama sejak Biden menguasai White House.

“Atas arahan Presiden Biden, pasukan tentera AS malam ini melakukan serangan udara menyasarkan infrastruktur yang digunakan kumpulan militan yang disokong Iran, di timur Syria. Serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan baru-baru ini yang menyasarkan pasukan Amerika dan gabungannya di Iraq, dan ancaman berterusan terhadap lokasi itu.”

Seorang puak penentang maut manakala lebih 22 orang cedera dalam serangan itu.

Terdahulu, CBS News dan media lain melaporkan mengenai serangan udara itu, dengan mempersoalkan mengapa ia berlaku di Syria dan bukan di Iraq. – AGENSI

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button