DuniaPalestinSemasa

9 rakyat Palestin tercedera dalam serbuan Israel

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

TEBING BARAT: Sembilan rakyat palestin tercedera dalam satu serbuan Israel, menurut Persatuan Bulan Sabit Palestin.

Berdasarkan sebuah kenyataan, pegawai perubatan telah merawat enam daripada mangsa yang terlibat di bandar Al-Yamun dan Kafr Dan di Jenin.

Manakala tiga lagi mangsa pula telah ditembak dan dicederakan oleh tentera Israel di bandar Qarawat Bani Zeid berdekatan dengan Rawallah.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Palestin berkata dua daripada mangsa tersebut kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut seorang saksi, tentera Israel telah melancarkan serbuan di beberapa buah rumah di Al-Yamun selaras dengan beberapa kempen penahanan  yang dilancarkan terhadap rakyat Palestin baru-baru ini.

Untuk rekod, serbuan berlaku semenjak serangan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa untuk memberi ruang kepada sambutan hari Paskah mereka sehingga menyebabkan ketegangan antara rakyat Palestin dan Israel.

Serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa yang berlaku beberapa hari lepas menyebabkan lebih 150 rakyat Palestin tercedera dan lebih kurang 300 orang telah ditahan.

Diterjemah dari: Middle East Monitor


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button