Covid19Dunia

6 hari tiada seorang pun boleh keluar rumah

Australia Selatan kenakan PKP paling ketat di dunia

SYDNEY :  Australia Selatan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling ketat di dunia bermula semalam, bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Ketua Menteri Australia Selatan, Steven Marshall berkata dalam tempoh enam hari bermula Khamis (19/11) tiada siapa dibenarkan keluar rumah walaupun untuk melakukan senaman atau membawa anjing berjalan-jalan.

Sekolah, universiti, kafe dan restoran diarahkan tutup manakala majlis perkahwinan dan upacara pengebumian pula tidak dibenarkan sama sekali.

PIc by [Kelly Barnes/EPA]

“Kami mahu mengenakan PKP yang ketat dan awal kerana mahu virus ini dikekang secepat mungkin,” – Ketua Menteri Australia Selatan, Steven Marshall

Seramai 23 orang dijangkiti Covid-19 di ibu negeri Australia Selatan, Adelaide, selepas seorang tukang cuci di sebuah hotel yang digunakan untuk kuarantin individu pulang dari luar negara telah dijangkiti virus berkenaan.

Terdapat kemungkinan yang tinggi, virus berkenaan dipindahkan melalui permukaan manakala tempoh inkubasi pula sesingkat 24 jam.

Susulan itu, pihak berkuasa kesihatan negeri berkenaan berpendapat, langkah circuit breaker perlu dilaksanakan bagi mengelakkan virus berkenaan menular dengan lebih meluas.

“Keadaan ini sangat membimbangkan kerana individu-individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom yang biasa kita lihat,” katanya lagi. -Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button