DuniaKemanusiaan

59 pelarian termasuk 5 kanak-kanak ditemui kelaparan, lesu di Pulau Satun

SATUN : Kira-kira 59 pelarian yang terdiri daripada 31 lelaki, 23 wanita dan lima kanak-kanak ditemui kelaparan dan lemah di sebuah pulau di selatan wilayah Satun di Thailand, berhampiran sempadan Malaysia semalam, kata pegawai.

Memetik laporan Bangkok Post, Gabenor Satun, Ekkarat Leesen berkata mereka ditinggalkan di pulau itu tanpa makanan dan minuman serta kelihatan sangat lemah kerana kelaparan dan dehidrasi.

“Siasatan awal mendapati mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 120 pelarian yang meninggalkan Bangladesh kira-kira dua bulan lalu sebelum mendarat di pulau itu kira-kira seminggu lalu.

“Kami dimaklumkan bahawa bagi mendapatkan pekerjaan di Malaysia, mereka terpaksa membayar RM,5000 kepada sindiket, ada ada di antara mereka didakwa telah meninggalkan pulau itu (Koh Dong) dan telah memasuki Malaysia,” katanya.

Sementara itu, timbalan ketua polis dan Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak, Wanita, Keluarga, Antipemerdagangan Manusia dan Sektor Perikanan, Jeneral Roy Ingkapairote, berkata unit khas ditubuhkan untuk menyiasat penyeludupan pelarian tanpa dokumen.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa menyediakan makanan dan minuman kepada pelarian di pulau itu.

Sehingga kini, semua pelarian tersebut telah menjalani saringan Covid-19.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button