KemanusiaanKesihatanSemasa

Kisah perempuan penghidap penyakit mental yang gigih berkongsi

Semuanya demi membantu orang yang senasib

Namanya Nur Fatiha tetapi lebih mesra dikenali sebagai Fatih. Dia masih lagi menuntut di UiTM Tapah Perak. Cuma dalam musim pandemik ketika kelas akademik menjadi online, dia gunakan masa yang ada di rumah untuk berniaga biskut secara kecil-kecilan. Boleh rujuk twitter https://twitter.com/FatihJual

Dalam masa yang sama dia aktif di TikTok dan Twitter menyebarkan kesedaran tentang penyakit mental kerana dia juga adalah penderita penyakit mental.

Dia hanya tahu berkenaan penyakit itu apabila dimasukkan ke wad psikiatri untuk kali pertama. Semasa di klinik doktor mengesan yang dia sudah mula memudaratkan diri sendiri, dan muncul keinginan membunuh diri. Tetapi ia tetap perlu pemeriksaan lanjut daripada pakar bagi mengesahkan Nur Fatiha menghidap penyakit mental.

Semasa di wad psikiatri, keputusan positif. Dia disahkan menghidap penyakit mental. Ini tamparan yang besar untuk dia. Namun dengan sokongan doktor dan keluarga, pasti dengan ubatan yang diberikan dia mampu menerima kenyataan itu.

Dia dimasukkan kembali ke wad psikaitri untuk kali kedua apabila mengalami fasa relapsed (jatuh sakit lagi) yang agak teruk. Dia kembali memudaratkan dirinya, tidak makan minum dan hanya terbaring di atas katil sepanjang hari. Ini menjadikan dia tidak berfungsi sebagai manusia.

Dia juga berkongsi pengalamannya semasa di wad psikatri. Ia sama sahaja dengan wad biasa, di mana masuk percuma, keluarga boleh melawat, dan nurse melayan dengan baik. Mungkin perbezaannya nurse akan lebih memberi perhatian kerana khuatir pesakit akan mencederakan diri sendiri.

Antara salah faham besar tentang penyakit mental ini adalah, ramai yang terus menuduhnya gila. Sedangkan penyakit mental ini banyak jenis ‘sakit’ yang diletakkan di bawahnya seperti, bipolar disorder, skizofrenia, OCD, aneroxia dan bermacam-macam lagi.

Yang paling pedih pula, apabila yang menuduh penyakit mental, sebagai kurang iman. Nur Fatiha menjawab kembali tuduhan itu dengan analogi, “Kalau orang itu patah kaki, boleh ke kita panggil dia kurang iman?” Penyakit mental ini juga begitu, ia sejenis penyakit yang tidak ada kena mengena dengan iman tinggi ataupun tidak. Ia berkaitan dengan gangguan pada fungsi otak. Malah ada tiga cara bagi mengubatinya.

Nur Fatiha turut memberikan tip bagi mengenal mengesan simptom awal depresi. Ini kerana kebanyakan penyakit mental bermula dengan deprasi. Antaranya, sedih yang berlarutan sehingga berhari-hari. Kemudian hilang minat kepada perkara yang sebelum ini dia sangat minati. Selepas itu mudah cemas dan rasa putus asa. Walaupun tidak ada perkara yang perlu dicemaskan.

Yang paling jelas adalah, muncul bisikan dalam kepala, ‘lebih baik aku mati’.

Sekiranya ada simptom itu, cepatlah merujuk ke klinik terdekat dan dari sana sekiranya ada keperluan pesakit akan dirujuk lagi kepada pakar bagi mengesahkan adanya penyakit mental.

Nur Fatiha sangat berharap, mereka yang sudah disahkan mengalami penyakit mental tidak merasa rendah diri dan menerima hakikat dan ia sangat membantu proses penyembuhan. Untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit mental, beliau juga sangat berharap mereka memberikan sokongan kerana tanpa sokongan ahli keluarga, penghidap penyakit mental akan semakin ‘sakit’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button