BanjirSemasa

54 lagi terkorban, 6 cedera dalam bencana banjir di Pakistan

Laporan terkini NDMA dalam tempoh 24 jam terakhir

SINDH: Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban dan 6 tercedera dalam banjir kilat yang tercetus akibat perubahan monsun dalam tempoh 24 jam terakhir di Pakistan, lapor Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NDMA pada petang Selasa, 18 kanak-kanak dan 10 wanita adalah antara mereka yang kehilangan nyawa dalam banjir di beberapa tempat.

Wilayah Sindh di selatan negara itu adalah wilayah paling teruk dilanda dengan 44 terkorban, diikuti wilayah Balochistan barat daya yang melaporkan 8 kematian dengan 6 yang lain cedera, menurut laporan itu.

Selain itu, 4,453 rumah musnah dan 24,869 haiwan ternakan terkorban di bahagian berlainan di Pakistan, tambahnya.

Jumlah kematian di Pakistan akibat hujan monsun dan banjir musim ini sejak pertengahan Jun telah meningkat kepada sekitar 1,481 bersama-sama dengan 12,748 cedera, lapor data NDMA.

Selain itu, 1,755,281 rumah telah musnah, manakala dianggarkan 908,137 haiwan ternakan telah musnah dalam hujan dan banjir berikutnya di seluruh negara.

NDMA turut melaporkan 179,281 orang telah diselamatkan dan 541,134 yang lain kini tinggal di kem sementara.

Operasi menyelamat dan bantuan oleh NDMA, organisasi kerajaan lain, sukarelawan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan NGO sedang giat dijalankan di kawasan yang masih dilanda banjir.


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button