53 ekor anjing ditemui dan diikat di dalam trak
Jakarta : 53 ekor anjing ditemui ditambat di dalam sebuah trak di luar kedai daging di Jakarta, Indonesia.
Menurut video yang disiarkan oleh Humane Society International, anjing-anjing itu berada di bahagian belakang kenderaan itu.
Penyelamat haiwan dari Dog Meat Free Indonesia dilihat membantu mengeluarkan anjing-anjing itu dari trak dan melepaskannya ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Anjing-anjing itu telah dibawa ke pusat perlindungan haiwan.
Lola Webber, salah seorang penyelamat, berkata nadinya berdegup kencang ketika mereka menghampiri kenderaan dan mendengar bunyi anjing itu.
“Kelihatan anjing-anjing itu sangat trauma dan ketakutan,” katanya.
Menurut Daily Mail, tiada sekatan terhadap penjualan daging anjing di Indonesia. Walaupun pentadbiran telah berjanji membanteras perdagangan daging anjing.
“Kami menerima banyak aduan mengenai operasi peniaga daging anjing haram,” kata Ketua Siasatan Jenayah polis Sukoharjo Tarjono Sapto Nugroho.
“Anjing adalah kawan, bukan makanan, dan perdagangan itu sudah haram dan dilarang sama sekali oleh syarak,” tambahnya.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM