LOS ANGELES : Pihak sekolah awam di Los Angeles bertindak memecat hampir 500 kakitangan kerana gagal mematuhi arahan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Memetik laporan Associated Press, sebanyak 496 kontrak pekerja dibatalkan oleh Lembaga Sekolah-sekolah Bersatu Daerah Los Angeles selepas gagal mendapatkan vaksin menjelang tarikh akhir pada 15 November lalu.
‘’Walaupun ia satu keputusan yang agak sukar, memecat individu yang memilih untuk menolak vaksin adalah perlu demi memastikan keselamatan dalam kalangan komuniti di sekolah,” kata Pemangku Penguasa Pelajaran daerah, Megan Reilly.’
‘’Kami mendoakan yang terbaik untuk masa depan mereka dan menggalakkan semua orang untuk mendapatkan vaksin,’’ jelasnya.
Kakitangan yang enggan divaksin sebelum ini tidak dibenarkan ke sekolah dan telah diberikan cuti.
Walaupun kebanyakan pekerja yang dipecat adalah kakitangan yang tidak bertauliah, ada yang turut berkhidmat dalam tugas penting seperti pengawal, pekerja kafeteria dan pembantu guru.
Untuk rekod, Los Angeles mewajibkan kakitangan dan pelajar yang berlainan daripada negeri-negeri lain di Amerika Syarikat untuk mendapatkan vaksin.
Setakat kelmarin, kira-kira 85 peratus daripada 600,00 pelajar di daerah itu sudah menerima suntikan lengkap.
-AGENSI