KOTA BHARU: Kelantan telah mengaktifkan lima pusat kawalan operasi banjir (PKOB) membabitkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh bagi mengkoordinasikan pengurusan banjir negeri.
Situasi Terkini Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) yang telah diaktifkan:
1. PKOB Pasir Mas: Talian 09-7917717
2. PKOB Tanah Merah: Talian 09- 9553939
3. PKOB Machang: Talian 09-9759975
4. PKOB Jeli: Talian 09- 9440064
5. PKOB Pasir Puteh: Talian : 09-7861444 pic.twitter.com/kJHO4BKQlM— Dato’ Ahmad Yakob (@datoahmadyakob) December 18, 2022
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata hal ini berikutan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat tahap bahaya di seluruh negeri itu hingga 21 Disember depan.
Rakyat Kelantan diminta tidak mengambil mudah setiap arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama melibatkan arahan untuk berpindah ketika musim banjir.
“Apabila arahan berpindah dikeluarkan, semua pihak hendaklah mengambil langkah segera dan sebolehnya dilaksanakan sebelum waktu maghrib”, katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad berkata beliau turut mengarahkan wakil rakyat bersama-sama ketua jajahan dan pegawai terutama di kawasan berisiko banjir supaya mengambil langkah proaktif dan cakna mengenai keselamatan dan kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri dan jajahan masing-masing.
“Saya minta rakyat Kelantan juga sentiasa peka kepada perkembangan dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa“.
“Saya juga menyeru seluruh rakyat supaya melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya negeri kita tidak dilanda banjir besar,” katanya.
BACA JUGA
Mendung dan hujan iringi 12 jam perjalanan bantuan banjir MAPIM ke Kelantan
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038