Dunia

402 rakyat Palestin ditahan tentera Israel pada November

Seramai 402 rakyat Palestin yang tidak bersalah telah ditangkap oleh tentera Israel sepanjang bulan November lalu, menurut kumpulan hak asasi Palestin, lapor Agensi Anadolu.

66 kanak-kanak bawah umur dan tiga wanita adalah antara yang ditahan oleh tentera Israel bulan lalu, menurut satu kenyataan bersama Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan, Persatuan Banduan Palestin, Persatuan Sokongan dan Hak Asasi Tahanan Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh.

Mereka turut memaklumkan bahawa sebanyak 160 tahanan yang terdiri daripada 54 kanak-kanak telah ditahan oleh tentera Israel di bandar Baitulmaqdis.

Badan bukan kerajaan itu juga mendokumentasikan pengeluaran 123 perintah penahanan pentadbiran, termasuk 39 perintah baru pada November.

Dasar penahanan pentadbiran membenarkan pihak berkuasa Israel menahan rakyat Palestin sehingga enam bulan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Secara keseluruhan, laporan itu menganggarkan 4,550 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel setakat ini, termasuk 32 wanita, 170 bawah umur, dan 500 orang yang ditahan di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button