Covid19

4,008 kes baharu Covid-19-masih tinggi

9 kematian warganegara tempatan

PUTRAJAYA : Sekali lagi kes positif harian Covid-19 di Malaysia mencecah angka 4,000 apabila merekodkan 4,008 kes dengan 11 kes kematian pada 20 Jan (Rabu)

Pada Ahad (16 Jan), kes positif tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia adalah 4,029 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini jumlah kumulatif kes positif negara telah mencecah 169,379 dengan bilangan kes aktif 41,087.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 4,003 kes membabitkan penularan tempatan dengan 2,802 adalah warganegara.

Beliau berkata, baki 1,201 bukan warganegara dengan lima daripadanya adalah kes import.

“Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu dengan 1,391 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 513 kes dan Johor dengan 470 kes,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ketika ini, sebanyak 246 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Gambar – Twitter KKMPutrajaya

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 11 kematian yang dilaporkan membabitkan di Selangor, Sabah, Johor dan Sarawak, menjadikan jumlah kesuluruhannya 630 kes.

“Empat empat kematian dilaporkan di Selangor iaitu dua di Hospital Sungai Buloh dan masing-masing satu di Hospital Kajang serta Hospital Selayang.

“Tiga kematian dilaporkan di Sabah dan Johor iaitu dua di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan satu di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu manakala kematian di Johor dilaporkan di Hospital Kota Tinggi, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Kematian di Sarawak direkodkan di Hospital Miri. Sembilan kematian membabitkan warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 2,374 kes sudah sembuh menjadikan jumlah sepenuhnya 127,662 kes, katanya dalam kenyataan media itu.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button