Dunia

38 penumpang maut dalam kejadian feri terbakar di Bangladesh

DHAKA : Tragedi cedera dalam kejadian feri terbakar pada Jumaat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 38 nyawa manakala 100 lagi mengalami kecederaan.

Timbalan Pesuruhjaya daerah Jhalokati, Md Nazmul Alam berkata, kejadian yang berlaku di Jhalokati, Bangladesh, feri tersebut sedang dalam perjalanan dari Dhaka ke daerah Barguna dengan membawa kira-kira 1,000 penumpang.

Beliau berkata, kebakaran bermula di bahagian enjin kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.

“Setakat ini 38 mayat telah ditemukan,” menurut laporan dari agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian berlaku dan oeprasi mencari mangsa yang dikhuatiri hilang masih sedang dijalankan.

“Kami dimaklumkan feri itu membawa kira-kira 1,000 penumpang dan feri itu sudah ditarik ke tebing,” katanya.

Mangsa yang terselamat memberitahu media tempatan, ramai penumpang terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, tiada kematian melibatkan warga asing dan feri itu dilaporkan membawa lebih muatan.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button