KerohanianSemasa

30 tahun terhenti, budaya tadarus dikembalikan di bumi Bosnia

Akan diteruskan setiap tahun

BELGRADE : Selepas tiga dekad masjid bersejarah, Masjid Ferhadiye, yang wujud sejak abad ke-16, meneruskan semula tradisi bertadarus pada bulan Ramadan. Menurut ulamak, maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya.

Bagaimanapun tradisi bertadarus di Bosnia terhenti susulan perang yang berlaku di antara tahun 1992 dan 1995. Serangan meletus selepas Presiden Republik Srpska, Radovan Karadzic mahu mengawal wilayah Serbia serta sebagai cara untuk mengusir rakyat Muslim Bosnia yang disebut sebagai Turks. Dalam konflik itu, etnik Serbia berusaha untuk melenyapkan etnik Muslim dan Croatia. Karadzic dibantu Ratko Mladic iaitu pemimpin Tentera Republik Srpska yang dikatakan menyimpan dendam kepada Turki Uthmaniah yang pernah menakluk wilayah Balkan, termasuk Serbia. Akibatnya berlakulah peperangan serta pembantaian rakyat paling menyedihkan dalam sejarah moden Eropah terutama ke atas wilayah yang majoritinya Islam.

Menurut agensi Anadolu, masjid itu memulakan amalan bertadarus dalam bulan Ramadan pada tahun ini. Bacaan al Quran secara bertadarus itu akan dimulakan pada jam 11:30 pagi waktu tempatan setiap hari dan turut disiarkan  di internet.

“Kami bawakan empat orang hafiz al-Quran bersama dalam tadarus al-Quran ini. Ferhadiye meninggalkan tradisi ini agak lama, tetapi amat penting untuk ia diteruskan”, – Imam Muhamed Velic

Masjid Ferhadiye di Sarajevo meneruskan semula tradisi tadarus ketika Ramadan yang dihentikan sejak 30 tahun lalu. - Foto AGENSI
Masjid Ferhadiye di Sarajevo meneruskan semula tradisi tadarus setelah terhenti  sejak 30 tahun lalu. – Foto AGENSI

Masjid Ferhadiye adalah antara contoh keindahan seni bina Uthmaniah dan Islam di Balkans. Ia dibina oleh Gabenor Sancak Bosnia, Ferhat Vukovic Desisalic. Masjid ini musnah teruk dalam kebakaran pada kurun ke-16 iaitu di antara tahun 1697 dan 1879.  Ferhadiye musnah sekali lagi pada perang Bosnia pada tahun 1992-1995 oleh tentera Serbia dan dipulihara semula sehinggalah ke hari ini.

Sementara itu di Belgrade, anak saudara pemimpin Katholik Bosnia dan Herzegovina, Kardinal Vinko Puljic memeluk Islam pada Sabtu lalu.

Danko Puljic membuat keputusan untuk mengucapkan syahadah pada bulan Ramadan yang mulia. Majlis melafazkan syahadah itu dilakukan di Masjid Kalibunar di tengah bandar Travnik dan diketuai oleh Imam Aljo Cikotic. Danko kemudian mengubah namanya kepada Emir.

Majlis Pengislaman Saudara Baru Danko Puljic.
Danko Puljic

Imam Aljo ketika berkata kepada Anadolu, menjelaskan sebagai saudara baru Danko merasa sangat aman dan rasa sangat bersyukur. Pengislaman Emir itu juga katanya satu saat yang amat gembira  buat masjid berkenaan.  Turut melafazkan syahadahnya ialah seorang lagi wanita, dikenali sebagai Antonija. Dia yang kini mengambil nama Islam Ayse, memeluk Islam bulan lalu.

Islam merupakan agama paling ramai dianuti di Bosnia. Selain Bosnia negara Balkan lain ialah Serbia, Croatia, Slovenia dan Montenegro.

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah amalan yang disukai Rasulullah SAW seperti hadis bermaksud:

“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button