30 pegawai di China dipecat akibat gagal mengurus Covid-19
BEIJING : Lebih 30 pegawai telah dipecat dan menerima hukuman kerana didakwa gagal untuk mengurus wabak Covid-19 di negara mereka.
Antara yang dipecat adalah seorang timbalan datuk bandar, pemimpin daerah, ketua jawatankuasa kesihatan tempatan, kakitangan pengurusan hospital dan pegawai di lapangan terbang serta sektor pelancongan.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memaklumkan 94 kes baharu melibatkan domestik dilaporkan dalam tempoh 24.
Varian delta telah tersebar dalam kalangan kakitangan lapangan terbang di bandar timur Nanjing. Dan telah merebak dari wilayah Hainan tropika di selatan hingga Mongolia Dalam di utara jauh.
Wabak tersebut telah menyebabkan sekatan perjalanan dan lockdowni seluruh bandar Zhangjiajie, dengan jumlah penduduk 1.5 juta.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar