DuniaSemasa

3 maut, 2 hilang ribut badai New Zealand

WELLINGTON : Kira-kira tiga orang maut apabila kapal yang dinaiki karam ketika ribut melanda North Island, New Zealand, hari ini.

Menurut pegawai petugas, kejadian itu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di bandar terbesar negara itu, Auckland.

Polis berkata tiga mayat ditemui dan dua lagi hilang selepas sebuah kapal nelayan karam di luar pantai terpencil Northland semalam.

Pada masa sama, lima mangsa yang terselamat kini berada di hospital selepas berjaya dibawa keluar dari laut bergelora.

Selain itu, tentera memakluman dua pesawat tentera udara dan sebuah kapal perang tentera laut sedang membantu usaha pencarian besar-besaran pasangan yang hilang itu.

Peramal cuaca rasmi, Metservice berkata kluster enam ribut petir sedang menuju ke selatan dan dijangka sampai ke bandar Hamilton petang ini.

“Ribut petir ini dijangka disertai hujan lebat dan tiupan angin yang memusnahkan.

“Penduduk digesa untuk berlindung di dalam rumah jika boleh.” katanya.

Mengulas lanjut, Metservice berkata, ribut bergerak ke selatan dan melanda Auckland pagi tadi, dengan hujan 76.8 milimeter sejam di bandar itu, sekaligus, mencatatkan angka kedua tertinggi bagi setiap jam yang direkodkan di Auckland. – AFP

Related Articles

Back to top button