PALESTIN : Majlis Perbandaran Israel di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram telah memaksa keluarga Palestin merobohkan tiga buah rumah mereka sendiri di Silwan, hari ini.
27 daripada ahli keluarga Nassar kehilangan tempat tinggal apabila Pihak Kependudukkan Negara Israel memaksa mereka merobohkan rumah mereka sendiri di Silwan.
“Pihak Pendudukan Israel telah memusnahkan impian, mainan, dan bilik tidur saya,” luah Muhammad Ayyad Nassar kepada Al Qastal, seorang kanak-kanak yang dipindahkan hari ini.
Sementara itu, Muhammad Nassar merupakan ahli tertua dalam keluarga Nassar, berkata bahawa dia telah membuat pinjaman yang banyak untuk membina rumah idamannya.
“Bagaimanapun, kami akan terus menentang,” tambahnya.
Berikut antara pautan video yang menunjukkan luahan daripada keluarga Nassar sendiri :
Sedih sekali apabila Muhammad Nassar bersama anaknya, Fadl, ikuti perobohan rumah mereka di kejiranan Wadi Qaddoum di Silwan, Jerusalem yang diduduki secara haram.
بحسرة يتابع محمد نصار وابنه فضل هدم منازلهم في حي وادي قدوم ببلدة سلوان بالقدس المحتلة pic.twitter.com/0noK3xAIho
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) December 15, 2021
“Mereka boleh bawa saya ke hospital.. Saya bina dengan agama.” Kesedihan yang mendalam menguasai Haji Muhammad Nassar selepas mereka dipaksa oleh Pihak Kependudukan Israel untuk merobohkan rumah mereka.
"يمكن ياخذوني عالمستشفى .. بنيتها بالدين" . حزن كبير يسيطر على الحاج محمد نصار بعد إجبارهم من قبل الاحتلال على هدم منازلهم pic.twitter.com/dSOlEky2og
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) December 15, 2021
Beginilah reaksi seorang anak kecil, Zaid, melihat rumahnya dirobohkan termasuk tempat tidur dan keselamatannya.
هكذا راقب الطفل زيد هدم منزله ومكان نومه وأمانه pic.twitter.com/aVnJtB7VA5
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) December 15, 2021
Sumber video : akaun twitter @AlQastalps
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today