DuniaSemasa

26 juta penduduk Turkiye dan Syria perlu bantuan kemanusiaan

ANTAKYA : Seramai 26 juta penduduk di Turkiye dan utara Syria yang terjejas akibat gempa bumi kuat pada 6 Februa­ri lalu mengharapkan bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Hal ini berikutan ratusan kemudahan awam di kedua-dua buah negara musnah seperti klinik, hospital dan pusat-pusat perubatan komuniti.

Kini dilaporkan kira-kira 356,000 mangsa gempa bumi di kedua-dua negara terdiri daripada wanita hamil yang memerlukan rawatan reproduktif de­ngan segera.

Dalam pada itu, dua gempa susulan bermagnitud 6.4 dan 5.8  melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye dan sempadan Syria pada pukul 8.04 malam (1.04 pagi waktu Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye melaporkan, dalam tragedi terbaharu itu, sekurang-kurangnya lapan maut dan mencederakan lebih 300 penduduk.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu berkata, pusat gempa yang berada di daerah Defne di Hatay mengesan 26 gegaran susulan sejak 6 Februari lalu.

Pasukan penyelamat di Turkiye mengaktifkan semula operasi mencari serta menyelamat dan cuba menghubungi mangsa-mangsa yang terperangkap.

Kumpulan penyelamat sukarelawan Syria, White Helmets pula melaporkan, di barat laut Syria, lebih 130 orang tercedera dan beberapa bangunan runtuh.

“Pasukan kami berusaha untuk membawa mereka yang cedera ke hospital, memeriksa tempa-tempat yang terjejas dan mengalihkan runtuhan untuk membuka jalan bagi ambulans,” kata White Helmets.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button