Semasa

25,200kg kurma dirampas

Tidak tepati syarat permit import makanan

PELABUHAN KLANG 22 Mac : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 25,200 kilogram (kg) kurma yang dibawa masuk sebuah syarikat tempatan dari Arab Saudi di Pelabuhan Barat,  Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim, berkata rampasan pada jam 11 pagi itu dilakukan anggota penguat kuasa jabatan terbabit yang melakukan pemeriksaan rutin.

MAQIS Selangor rampas 25,200kg kurma dibawa masuk sebuah syarikat tempatan dari Arab Saudi dalam pemeriksaan di Pelabuhan Barat, Sabtu lalu. – Foto ihsan MAQIS Selangor

Katanya, barang dagangan bernilai RM141,229.44 itu ditahan kerana tidak mematuhi syarat seperti mana yang dinyatakan pada permit import MAQIS, iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) ditetapkan.

“Kegagalan mengemukakan maklumat itu menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button