2021 – diramal tahun krisis kemanusiaan terburuk!
Dunia berdepan `pandemik lapar' - WFP
Angka kebuluran dunia terus meningkat, dan masyarakat dunia bakal diserang pandemik lapar!
Pada sambutan Hari Makanan Sedunia pada setiap 16 Oktober, Program Makanan Sedunia, WFP, sekali lagi memberi amaran angka kebuluran, serta angka mereka yang kurang mendapat makanan yang sihat bakal melonjak.
Tahun 2021 pula disifatkan sebagai ‘tahun krisis kemanusiaan paling buruk’ sejak PBB ditubuhkan, kata beberapa pegawai kanan badan dunia itu, lapor portal berita Metro.co.
Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley berkata, kebuluran sedang menanti di 12 buah negara di dunia.
Katanya, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik terhadap negara-negara membangun.
“Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” – Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley
Beliau berkata demikian kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu.
Beasley, berkata tahun lalu, 135 juta orang hidup dalam kebuluran yang akut serta kurangnya keselamatan makanan.
Menurut WFP faktor utama, yang mempengaruhi angka kebuluran dunia ialah konflik, perubahan cuaca melampau dan tekanan ekonomi.
Konflik meliputi 80 peratus atau majoriti daripada punca kebuluran namun kini dengan pandemik Covid-19 keadaannya diburukkan lagi
Langkah dan sekatan koronavirus di seluruh dunia membawa kepada peningkatan 40 peratus bilangan penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata PBB minggu lalu.
Badan dunia itu meminta dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion).
Perkembangan itu berlaku selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) disuntik ke dalam program perkongsian vaksin dunia.
“Kita tidak boleh menerima sebuah dunia di mana negara miskin dipijak oleh negara kaya dan berkuasa untuk mendapatkan vaksin. Ini (Covid-19) adalah krisis global dan jalan penyelesaian (vaksin) perlu dikongsi secara adil,”- Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley
Pada sambutan Hari Makanan Sedunia 16 Oktober lalu, WFP mendedahkan penguatkuasaan kuarantin yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi melawan Covid-19 akan memaksa angka itu bakal meningkat lagi kepada 265 juta orang, sekali ganda pada tahun sebelumnya.
Manakala bagi PBB pula peningkatan jumlah mereka yang kelaparan adalah disebabkan oleh konflik yang berlaku di negara bertelagah, perubahan iklim serta bencana, dan paling mengerikan apabila impak wabak Covid-19 terhadap seluruh sektor ekonomi dan sosial sejagat.
“Sebelum Coronavirus, saya pernah bercakap bahawa tahun 2020 akan terjadi krisis kemanusiaan yang lebih buruk selepas Perang Dunia ke-2” – Pengarah Eksekutif, WFP – David Beasley
Kawasan benua dunia yang kini mengalami akut kelaparan mengikut data Rangkaian Maklumat Keselamatan Makanan, FSIN, ialah benua Afrika meliputi jumlah terbesar masalah kebuluran manakala kedua ialah Asia dan Timur Tengah.
Masing-masing Afrika mempunyai 73 juta mangsa kebuluran dan 36 negara manakala 43, dan Timur Tengah dan Asia 43 juta mangsa ketiadaan cukup makanan dalam 10 negara.
Manakala benua Amerika Latin dan Caribbean dan Eropah pula, masing-masing 18.5 juta dan 0.5 juta orang.
Sekiranya berlanjutan, halangan itu akan menjejaskan tumbesaran dan bakal menambah angka 114 juta kanak-kanak yang mengalami bantut tumbesaran ketika ini.
Kemiskinan dan bencana juga mencengkam usaha mendapatkan makanan yang berkhasiat kepada penduduk dunia.
Bank Dunia baru-baru ini menganggarkan kesan covid-19 akan melonjakkan jumlah 88 juta orang miskin tegar kepada 115 juta akhir tahun ini.
Manakala pada tahun depan, angka itu bakal mencecah 150 orang bergantung kepada teruk atau tidak penguncupan ekonomi yang berlaku.
Kata Bank Dunia lagi, impak Covid-19 ke atas kehidupan manusia yang menuntut banyak perusahaan ditutup, serta kehilangan pekerjaan yang mendadak kerana wabak berkenaan.
Angka miskin tegar itu adalah pertambahan angka daripada jumlah yang sedia dalam lingkungan golongan miskin dunia kini.
Tanah pertanian juga dicengkam impak bencana alam seperti banjir, kemarau dan juga pemanasan global dan kebakaran hutan seperti di Australia baru-baru ini.
Melihat ancaman kebuluran dunia yang semakin meruncing, PBB, merangka dan memperbaiki sistem transformasi makanan bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.
Buah fikiran, penyelidikan daripada pelbagai latar belakang disiplin dirangka untuk memacu pengurangan jumlah kebuluran, menghasilkan pemakanan dari sistem pertanian yang lebih efektif, dan pada masa menjaga kualiti makanan kepada insan sejagat.
Setiausah Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucap tamanya sempena hari makanan sedunia berkata, dalam dunia yang ramai berharta, ada kubur di hadapan buat mereka yang tidur dalam kelaparan setiap malam.
Sambil merayu usaha lebih berkesan perlu diambil ke arah masa depan berkekalan untuk semua orang, di semua tempat mempunyai hak terhadap makanan yang diperlukan.
Guterres menggariskan kepentingan mewujudkan sistem pembuatan makanan yang lebih bertahan dengan turun naik kejutan cuaca, mengurangkan pembaziran makanan dan memastikan setiap orang mendapat diet yang berterusan dan sihat.
Presiden Perhimpunan Agung Makanan Sedunia, Volkan Bozkir, mengucapkan terima kasih kepada FAO yang tidak pernah berhenti memperjuang masalah kebuluran dan memperbaiki pemakanan.
Pelbagai program disusun membabitkan agensi di bawah badan dunia itu yang berkaitan makanan sejagat dan boleh diikuti secara langsung sambil bersidang secara maya dengan hero-hero makanan di serata dunia.
Negara bangsa disaran meneroka teknologi baharu bagi penggalakan penanaman dalam dunia yang diancam perubahan iklim ketika ini.