20 Maut dalam Serangan Bom di Somalia
MOGADISHU: Pihak polis di bandar Marka mengesahkan terdapat dua letupan bom berasingan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh.
Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya sehingga mengakibatkan 13 nyawa melayang termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow, pengawal keselamatan dan orang awam di wilayah Marka.
Selepas kejadian, kumpulan pengganas Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Satu lagi letupkan adalah menggunakan periuk api. Akibat daripada letupan tersebut, sekurang-kurangnya 7 orang meninggal dunia dan 14 orang lagi cedera.
Serangan di wilayah Afgoye turut memusnahkan bangunan dan kedai berhampiran. Afgoye merupakan wilayah yang terletak 30 kilometer dari barat daya Mogadishu.
Turkiye telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dibuat oleh kumpulan pengganas tersebut sehingga menyebabkan kematian orang awam.
“Kami turut berduka apabila mengetahui ramai orang termasuk pegawai dan orang awam terkorban dalam serangan pengganas tersebut. Kami mengutuk serangan yang dibuat oleh kumpulan pengganas tersebut hingga menyebabkan ramai maut dan cedera parah di wilayah Afgoye dan Marka.” – Kementerian Luar Turkiye
Sumber: The Sun Daily
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today