BAITULMAQDIS: Seramai 20 rakyat Palestin mengalami kecederaan dalam serangan oleh pelampau israel di kawasan kejiranan Silwan, Baitulmaqdis yang cuba dijajah, menurut sumber perubatan.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata rakyat Palestin yang cedera ini menerima rawatan perubatan selepas dipukul dan diserang oleh pelampau israel yang dikawal polis dalam serangan baharu itu.
20 Palestinians injured in an attack carried out by lsraeli colonial settlers and lsraeli occupation forces in the town of Silwan, occupied Jerusalem. pic.twitter.com/Jv8x5fF1sJ
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) June 22, 2023
Terdapat peningkatan yang serius dalam keganasan oleh pelampau israel terhadap umat Islam Palestin di seluruh Tebing Barat yang dicerobohi.
Berpuluh-puluh kenderaan dibakar dan rumah diserang oleh pelampau israel yang dikawal oleh tentera di bandar Turmus Ayya, timur laut Ramallah.
Seorang pemuda Palestin, Omar Jabara, 27, dibunuh oleh tentera rejim israel ketika menghadapi serangan pelampau ke atas bandar itu.
Terdapat lebih 700,000 pelampau israel tinggal di penempatan penjajah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia