Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
ULVADE: Seorang penembak remaja menyerang sebuah sekolah rendah di South Texas pada selasa, hingga menyebabkan 19 pelajar terbunuh.
Penembak tersebut dikenalpasti sebagai seorang remaja bernama Salvador Ramos yang berusia 18 tahun.
Walau bagaimanapun, suspek telah maut apabila seorang anggota penjaga sempadan Amerika Syarikat sempat tiba dan menembak penyerang yang sembunyi di belakang penghadang.
Senator Texas, Roland Gutierrez berkata selain penembak, ada dua lagi mangsa dewasa turut terbunuh dalam serangan itu.
“Jumlah sebenar mangsa yang cedera belum dapat dipastikan dan peningkatan kadar kematian ini adalah kerana beberapa pelajar yang cedera parah sebelum ini gagal diselamatkan selepas dimasukkan ke hospital,” katanya.
Setakat ini, serangan bersenjata yang ganas di Amerika Syarikat (AS) adalah tragedi terbaru yang berlaku di Uvalde, Texas, yang merupakan sebuah pekan kecil kira-kira sejam dari sempadan Mexico.
Gabenor Texas, Greg Abbott dalam satu sidang media berkata, suspek telah menembak mati neneknya sebelum menuju ke sekolah rendah.
Tembakan secara rambang berlaku sekitar tengah hari itu, dan dipercayai membawa sepucuk pistol serta selaras senapang dan meninggalkan kenderaannya sebelum menuju ke dalam sekolah.
“Suspek adalah penduduk tempatan dan warga negara AS, yang ditembak mati selepas cuba menembak anggota polis yang cuba menahannya. Semua ini mengerikan dan tidak masuk akal sama sekali,” katanya.
Presiden AS, Joe Biden, sudah diberi taklimat mengenai kejadian itu, dan rumah putih mengarahkan agar bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung.
Pihak berkuasa memaklumkan mangsa bertindak sendirian dan motif kejadian masih belum diketahui.
-AFP