BanjirSemasa

172 orang dipindahkan ke PPS akibat banjir di 3 negeri

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

PETALING JAYA : Banjir di tiga negeri menyebabkan 172 mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Pada pukul empat pagi semalam, laman utama Pusat Kawalan Bencana Negara (Nadma) melaporkan mangsa termasuk 45 keluarga dari kawasan kejiranan berbeza di Johor, Sabah dan Sarawak.

Seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga di Johor Bahru dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, manakala 51 mangsa daripada 19 isi rumah di Beaufort, Sabah, dihantar ke Dewan PPS Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

Sepuluh mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU PPS di Papar pada masa yang sama.

Seterusnya, 61 mangsa banjir daripada 11 keluarga menetap di PPS Program Perumahan Rakyat Sri Keramat, Putatan, di Penampang.

Menurut Nadma, 28 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke Balai Raya Bekenu di Miri Sarawak, manakala lima lagi mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Sepupok Niah.

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button